CSGO

CS:GO Hadir Dengan Kandungan Bertemakan Permainan Halo

27/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

CS:GO Hadir Dengan Kandungan Bertemakan Permainan Halo

Bacaan: < 1 minit

Dalam kemaskini terbaru Counter-Strike: Global Offensive yang hadir hari ini, Valve telah menjalinkan kerjasama rentas-permainan khas bersama dengan 343 Industries.

Para pemain CS:GO kini boleh membeli kapsul pelekat Halo di dalam permainan tersebut. Selain daripada itu, para pemilik koleksi ‘The Master Chief’ di Steam juga boleh memiliki kit muzik ‘The Master Chief’ seandainya mereka berjaya memperoleh jumlah masa permainan minimum yang diperlukan.

Dalam pada masa yang sama, kemaskini ini juga telah memperbaiki pepijat video di pemuka klien yang berjalan di latar yang menyebabkan prestasi klien permainan CS:GO tergganggu. Peta Cache juga menerima sedikit perubahan bagi menambah baik penglihatan pemain di dalam peta tersebut bagi mereka yang menggunakan model khas pemain yang diperkenalkan baru-baru ini.

Koleksi pelekat bertemakan permainan Halo.