CSGO

Team Secret Umum Barisan Pemain CS:GO Baharu Mereka

26/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Team Secret Umum Barisan Pemain CS:GO Baharu Mereka

Bacaan: < 1 minit

Kali terakhir Team Secret melibatkan diri di dalam arena kompetitif CS:GO adalah pada tahun 2017 lalu dengan pasukan wanita mereka.

Organisasi itu kini bersedia untuk kembali ke dalam permainan tersebut dengan mengumumkan senarai pemain bagi skuad CS:GO baharu mereka. Team Secret telah mengambil alih barisan pemain yang sebelum ini dikenali sebagai pasukan m1x. Walaupun pasukan ini masih lagi baru dan kurang pengalaman, mereka masih mampu memberikan saingan kepada pasukan ternama lainnya.

CEO Team Secret, John Yao yakin bahawa skuad ini berpotensi untuk menjadi salah sebuah pasukan terbaik di dalam arena kompetitif CS:GO. Team Secret akan melakukan yang terbaik untuk memberikan segala yang diperlukan pasukan ini untuk mereka menambah baik diri mereka, ujar beliau lagi.

Team Secret CS:GO :

  • Flatron “juanflatroo” Halimi
  • Filip “tudsoN” Tudev
  • Rigon “rigoN” Gashi
  • Dionis “sinnopsyy” Budeci
  • Guy “anarkez” Trachtman