Dota 2

Bekas Pemain Team Liquid Yang Diketuai Oleh KuroKy Memperkenalkan Organisasi Baharu Mereka, Nigma Esports

26/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Bekas Pemain Team Liquid Yang Diketuai Oleh KuroKy Memperkenalkan Organisasi Baharu Mereka, Nigma Esports

Bacaan: < 1 minit

Bekas pemain Team Liquid pada musim lalu, KuroKy dan rakan-rakan kini telah memperkenalkan organisasi esukan tersendiri mereka iaitu Nigma Esports.

Bekas pasukan yang pernah menjuarai kejohanan The International 2017 itu melakukan pengumuman itu di laman social Twitter. Bagaimanapun, ramai para peminat dan personaliti mempersoalkan nama organisasi yang dipilih mereka itu.

Ramai berangggapan bahawa nama tersebut hanya akan mengundang masalah kelak kerana ia agak menyerupai ungkapan perkauman yang digunakan kepada kaum Afrika-Amerika. Nigma Esports memaklumkan bahawa nama tersebut dipilih berasal dari perkataan ‘Najma’ di dalam Bahasa Arab yang membawa makna ‘bintang’.

Berikut adalah senarai pemain bagi organisasi ini:

  • Amer ‘Miracle-‘ Al-Barkawi
  • Aliwi ‘w33’ Omar
  • Ivan ‘Mind_ContRoL’ Ivanov
  • Maroun ‘GH’ Merhej
  • Kuro ‘KuroKy’ Salehi Takhasomi