Dota 2 Tempatan

MidOne Tubuh Pasukan Baharu Bersama Ninjaboogie

25/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

MidOne Tubuh Pasukan Baharu Bersama Ninjaboogie

Bacaan: < 1 minit

Selepas meninggalkan Team Secret pada awal bulan November lalu, MidOne kini telah mendaftarkan diri beliau ke dalam sebuah pasukan baharu.

Di laman pendaftaran DPC Dota 2, Midone dilihat telah menyertai pasukan SEAMonkeys bersama-sama dengan beberapa pemain tempatan berasal dari Malaysia dan juga bekas pemain Mineski iaitu Ninjaboogie.

Antara pemain tempatan yang menyertai pasukan baharu ini adalah Lim ‘Chidori~’ Jia He dan Nicholas ‘Zeal’ Lim yang pernah bermain bagi pasukan Dota Hero. Pemain terakhir pasukan ini pula adalah Ooi ‘KennyO’ Yew Kah yang pernah bermain bersama dengan MidOne pada tahun 2015 lalu di dalam pasukan Team PornSeeker.

Sumber : https://www.dota2.com/majorsregistration/rosters

Walaupun berdaftar sebagai pasukan baharu, tidak mustahil ia adalah nama sementara sebelum pasukan ini menyertai organisasi esukan sedia ada. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai mereka di dalam masa terdekat kelak.

SEAMonkeys :

  • Midone (yeik nai zheng)
  • Ninjaboogie (Michael Ross)
  • zeal (Nicholas Lim Eng Han)
  • Chidori~ (Lee Jia He)
  • KennyO (OOI YEW KAH)