Dota 2

TNC Predator Adalah Juara MDL Chengdu Major

10 bulan lalu

TNC Predator Adalah Juara MDL Chengdu Major

Dendam terbalas. Selepas tewas di tangan Vici Gaming di perlawanan terakhir pusingan upper bracket, TNC Predator bangkit semula melayakkan diri ke pentas akhir kejohanan Dota 2 MDL Chengdu Major untuk kembali bertemu Vici.

Walaupun bertanding di hadapan ramai para peminat Vici, TNC Predator tidak goyah untuk melunaskan dendam mereka dan hadir cemerlang, menamatkan siri akhir tersebut dengan keputusan 3-1.

Mempelajari kesilapan mereka di pusingan upper bracket, TNC bermain dengan lebih kemas diperlawanan akhir ini, memenangi dengan mudah dua perlawanan pertama sebelum Vici berjaya mencuri perlawanan ketiga.

Perlawanan keempat yang menjadi perlawanan terakhir kejohanan bagaimanapun berlangsung dengan lebih sengit lagi apabila Vici Gaming bermain dengan lebih baik di awal perlawanan sehingga pada satu-satu masa berjaya mendahului dengan hampir 30 ribu emas berbanding dengan TNC.

Namun begitu, kombo Morphling dan Earthshaker di lewat perlawanan terlalu kuat untuk diatasi oleh Vici Gaming memaksa mereka mengaku kalah dihadapan peminat tempatan. Sebagai juara kejohanan Major pertama musim ini, TNC Predator membawa pulang hadiah sebesar USD300,000 dan kini berada di kedudukan teratas papan pendahulu Dota Pro Circuit dengan 4,850 mata. Gabbi juga dianugerahkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Ini juga merupakan kejuaraan kedua mereka musim ini selepas ESL One Hamburg 2019 tempoh hari. Dengan kembalinya pasukan-pasukan ternama seperti Team Secret, OG dan pasukan KuroKy di siri kedua kejohanan DPC tidak lama lagi. pasti menarik untuk para peminat melihat sama ada pasukan ini mampu meneruskan penguasaan mereka.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments