CSGO

Team Secret Mengacahkan Penubuhan Pasukan CS:GO

22/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Team Secret Mengacahkan Penubuhan Pasukan CS:GO

Bacaan: < 1 minit

Tempoh hari, pemenang kejohanan Dota 2 The International dua kali berturut-turut, ) OG Esports dilaporkan bakal menandatangani pasukan Counter-Strike: Global Offensive. Terkini, sebuah lagi organisasi yang terkenal dengan pasukan Dota 2 mereka, Team Secret pula dilihat bakal menubuhkan divisyen CS:GO tersendiri mereka.

Team Secret melalui akaun Twitter mereka telah memuat-naik animasi pendek memaparkan digit ‘7355608’ yang sudah tidak asing lagi bagi para pemain Counter-Strike. Bagi anda yang kurang mengerti, digit tersebut merupakan kod yang dipaparkan di bom di dalam permainan Counter-Strike.

Pada ketika ini, mereka tidak dipastikan siapakah yang bakal menyarung jersi Team Secret ini. Team Secret walaupun terkenal dengan pasukan Dota 2 mereka, organisasi ini turut mempunyai pasukan di dalam pelbagai permainan lainnya seperti Age of Empire II, Fortnite, Rainbow Six Siege, Apex Legends dan juga pasukan PUBG Mobile yang berpengkalan di Malaysia.

Sama-sama kita nantikan pendedahan rasmi mengenai skuad CS:GO mereka tidak lama lagi.