Esukan Tempatan

Pelan Pembangunan Strategik Esukan Malaysia 2020-2025 Diumumkan

10 bulan lalu

Pelan Pembangunan Strategik Esukan Malaysia 2020-2025 Diumumkan

Bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya hari ini, Menteri Belia dan Sukan negara, YB Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman telah membentangkan Pelan Pembangunan Strategik Esukan Malaysia bagi tahun 2020-2025.

Di majlis tersebut, dengan impian menjadikan Malaysia hab esukan di rantau Asia Tenggara, beliau telah mengumumkan lima perkara utama yang akan difokuskan kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang. Berikut adalah perkara tersebut.

  1. Melahirkan atlet bagi kecemerlangan esukan (Develope athlete for esports excellence.)
  2. Ke arah permainan tanggungjawab dan esukan beretika. (Towards responsible gaming and esports ethics.)
  3. Akses infrastruktur esukan yang lebih baik. (Better access to esports infrastructure.)
  4. Membangunkan ekosistem esukan yang mampan. (Building a sustainable esports ecosystem.)
  5. Memperkenalkan peraturan dan tabir urus yang baik. (Institute good law and good governance.)

Menurut Syed Saddiq, pelan ini telah mengambil masa selama lebih 8 bulan untuk dipersiapkan bermula pada bulan Januari sehingga Ogos lepas dan melibatkan pelbagai pihak termasuklah 27 atlet tempatan, organisasi antarabangsa, wakil industri teknologi dan pelbagai lagi.

Menyentuh lebih lanjut mengenai pelan yang dibentangkan, kerajaan mahu kebajikan atlet diutamakan bagi memastikan atlet-atlet ini mampu menjalani kehidupan harian mereka tanpa sebarang masalah dan kekurangan seperti atlet sukan tradisional lainnya termasuklah hal berkaitan dengan kontrak, insuran dan juga EPF.

Syaed Saddiq turut sekali lagi menyentuh mengenai pembangunan pusat dan arena esukan di negara yang telah diumumkan sebelum ini. Kerajaan mahu negara, negeri dan bandar-bandar mempunyai pusat esukan berlesen tersendiri bagi membolehkan bakat-bakat tempatan berlatih.

Sumber : Buku Pelan Pembangunan Strategik Esukan Malaysia 2020-2025

Syed Saddiq juga memaklumkan bahawa kerajaan berhasrat mewujudkan ekosistem esukan yang mampan dengan melancarkan liga esukan nasional yang melibatkan institusi pendidikan tinggi negara dan juga di peringkat sekolah.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa masalah ketagihan bermain permainan tidak akan dipandang ringan. Badan-badan kerajaan seperti kementerian pendidikan akan saling bekerjasama bagi memastikan ekosistem ini dapat dilaksanakan dengan baik tanpa mempunyai masalah kebajikan pemain dan ketagihan ini.

Bagi anda yang berminat, pembentangan tersebut boleh ditonton di bawah ini manakala buku Pelan Pembangunan Strategik Esukan Malaysia 2020-2025 pula boleh dimuat-turun di pautan ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments