Dota 2 Tempatan

Mushi Dan Ohaiyo Kembali Bersatu Di Dalam Pasukan Baharu, Brothers United

1 tahun lalu

Mushi Dan Ohaiyo Kembali Bersatu Di Dalam Pasukan Baharu, Brothers United

Selepas hampir dua tahun berlalu, Mushi dan Ohaiyo bakal kembali bermain bersama di dalam sebuah pasukan baharu.

Kedua-dua orang pemain veteran tempatan itu dilihat telah mendaftarkan diri di dalam pasukan Brothers United menjelang bermulanya pusingan kelayakan bagi kejohanan Leipzig Major and Bukovel Minor tidak lama lagi.

Kali terakhir mereka bermain bersama-sama dahulu adalah di dalam pasukan Fnatic dimana mereka berjaya memperoleh kedudukan ke-4 di kejohanan The International 2016. Baki pemain pasukan mereka juga dibarisi nama yang tidak asing lagi di dalam arena Dota 2 di Asia Tenggara iaitu YamateH, Nayeon (Benhur) dan Raging-_-Potato.

Dengan rantau ini dibarisi pasukan-pasukan yang tidak kurang hebat pada ketika ini seperti Fnatic, Geek Fam, Androit dan TNC Predator, pasti ramai peminat tempatan menanti-nantikan persembahan yang bakal hadir dari pasukan serba baru ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments