Esukan Tempatan

Perak Peruntuk Dana RM1 Juta Untuk Esukan Di Dalam Belanjawan 2020 – Umum Kerjasama Dengan Mineski

16/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Perak Peruntuk Dana RM1 Juta Untuk Esukan Di Dalam Belanjawan 2020 – Umum Kerjasama Dengan Mineski

Bacaan: < 1 minit

Negeri Perak merupakan salah sebuah negeri paling aktif di dalam arena esukan tempatan. Kerajaan negeri kerap melibatkan diri di dalam pelbagai penganjuran acara esukan di negeri tersebut.

Di dalam pembentangan Belanjawan Perak 2020 semalam, kerajaan negeri Perak mengumumkan bahawa mereka akan memperuntukan dana sebesar RM1 juta bagi tujuan pembangunan esukan di negeri tersebut.

Memperkuatkan lagi komitmen mereka di dalam arena esukan, kerajaan negeri Perak turut mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian kerjasama bersama dengan Mineski. Kerjasama ini dilihat akan memfokuskan kepada pembangunan bakat tempatan, penganjuran acara esukan dan hubungan diantara pihak terkait seperti para pemain, penganjur, penaja, pembangun dan lain-lain lagi.

Kerajaan negeri Perak turut merancang untuk menganjurkan acara esukan bertaraf kebangsaan melibatkan negeri-negeri lainnya dengan ibu negeri Perak, Ipoh menjadi pentas akhir kejohanan.

Antara inisiatif lain yang cuba dijalankan di negeri tersebut ialah dengan membawa masuk esukan ke dalam inisiatif TVET negeri dengan menawarkan kursus berkaitan dengan penstriman, ulasan, penganjuran acara dan pembangunan permainan.