Dota 2

Febby Dan PieLieDie Menyertai Forev Di (SKT) T1

10 bulan lalu

Febby Dan PieLieDie Menyertai Forev Di (SKT) T1

Kejohanan major pertama DPC musim ini bakal bermula dan sejurus selepas ia tamat kelak, pusingan kelayakan bagi kejohanan minor dan major kedua akan bermula.

Oleh yang demikian, pasukan-pasukan yang tidak melayakkan diri atau menyertai kejohanan pertama telah pun bersiap sedia melengkapkan pasukan masing-masing dengan pemain-pemain baharu untuk cuba melayakkan diri ke siri kejohanan kedua DPC.

T1, pasukan yang baru sahaja menyertai arena kompetitif Dota 2 sudah pun mulai mencari pemain semenjak dari tamatnya kejohanan The International 2019 lalu. Namun begitu, mereka dilihat masih lagi belum mempunyai barisan pemain yang cukup serasi dan beberapa pemain yang diuji telah pun dilepaskan dari pasukan.

Terkini, bagi menghadapi pusingan kelayakan minor dan major kedua tidak lama lagi, Forev sebagai ketua pasukan telah meminjam khidmat rakan baik beliau di Korea Selatan iaitu Kim “Febby” Yong-min dan juga Johan “pieliedie” Åström untuk melengkapkan pasukan T1.

Baki dua pemain di dalam pasukan tersebut pula disandang oleh pemain baharu iaitu Skadi, pemain dari Filipina dan XemistrY yang berasal dari Australia.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments