Esukan Tempatan

Esports Pro League Pilih Axis Esports Sebagai Rakan Francais Di Malaysia

16/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Esports Pro League Pilih Axis Esports Sebagai Rakan Francais Di Malaysia

Bacaan: < 1 minit

Syarikat esukan tempatan, Axis Esports Snd Bhd didedahkan telah dipilih sebagai francaisi bagi Esports Pro League (ESPL).

ESPL merupakan sebuah platform kejohanan esukan amatur global baharu yang dijangka akan bermula pada bulan Februari tahun 2020 kelak sehingga bulan Disember.

Berpengkalan di Singapura, rangkaian ESPL akan meliputi 16 buah negara di benua Amerika, Eropah dan Asia yang masing-masing mempunyai rakan kerjasama tempatan tersendiri. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, ESPL akan memfokuskan kepada penjenamaan dan interaksi digital komuniti.

Pada ketika ini, perincian mengenai permainan dan lokasi penganjuran dan maklumat lainnya masih belum diumumkan dan dijangka akan diumumkan di dalam masa terdekat.

Sumber: Gaming Cyper