Dota 2

Invictus Gaming Takluk Dota Summit Minor, Akan Mara Ke Chengdu Major

12/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Invictus Gaming Takluk Dota Summit Minor, Akan Mara Ke Chengdu Major

Bacaan: < 1 minit

Dua pemain berasal dari Malaysia, Thiay ‘JT-‘ Jun Wen dan Chan ‘Oli’ Chon Kien bersama pasukan mereka Invictus Gaming menjadi juara bagi kejohanan Dota Summit 11 Minor selepas menewaskan pasukan Chaos Esports Club di perlawanan akhir kejohanan.

Di perlawanan akhir Dota Summit Minor, Invictus Gaming membenam Chaos EC dengan kemenangan bersih 3-0. Kejuaraan kejohanan minor pertama musim ini juga memberikan mereka slot terakhir bagi menyertai kejohanan MDL Chengdu Major yang akan bermula pada 16 November depan.

Sebagai juara, Invictus Gaming membawa pulang hadiah sebesar USD72,000 dan 140 mata DPC. Chaos EC pula menerima USD60,000 dan 120 mata DPC sebagai naib juara kejohanan.