League of Legends

True Damage Mempersembahkan Lagu Pertama Mereka Di Upacara Pembukaan Perlawanan Akhir Worlds 2019

11/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

True Damage Mempersembahkan Lagu Pertama Mereka Di Upacara Pembukaan Perlawanan Akhir Worlds 2019

Bacaan: < 1 minit

Kumpulan muzik hip-hop maya baharu Riot Games, True Damage mempersembahkan lagu debut mereka Giants di upacara pembukaan perlawanan akhir League of Legends World Championship.

Diasaskan oleh Akali (Soyeon (G-Idle)) dari K/DA, True Damage dibarisi oleh Ekko (Thutmose, Duckwrth), Senna (Keke Palmer), dan Qiyana (Becky G) dengan lagu diterbitkan oleh Yasuo. Seperti persembahan K/DA pada tahun lalu, watak dan artis yang mewakili mereka juga melakukan persembahan bersama-sama di upacara pembukaan tersebut.

Seperti biasa, lagu Giants ini juga boleh didengari di laman penstriman muzik popular seperti Spotify dan Apple Music. Selain daripada persembahan langsung ini, Riot Games turut melancarkan video muzik rasmi bagi Giants yang dihasilkan oleh studio animasi The Line Animation.