League of Legends

League of Legends World Championship 2020 Akan Dilangsungkan Di Shanghai, China

11 bulan lalu

League of Legends World Championship 2020 Akan Dilangsungkan Di Shanghai, China

Pada perlawanan akhir kejohanan League of Legends World Championship 2019 yang berlangsung sebentar tadi, Riot Games turut mengumumkan lokasi bagi penganjuran kejohanan tersebut bagi musim hadapan.

Bagi tahun 2020 yang juga akan menjadi ulangtahun ke-10 penganjuran kejohanan Worlds, Stadium Shanghai telah dipilih sebagai lokasi berlangsungnya kejohanan terbesar League of Legends tersebut.

Stadium tersebut mampu memuatkan 55,000 hadirin dan merupakan sebuah lokasi yang tidak asing lagi dengan acara-acara berkelas tinggi tempatan dan antarabangsa.

Kemaskini : 12 November 2019

Riot Games kini telah mendedahkan lebih banyak perincian mengenai penganjuran Worlds 2020. Bagi tahun hadapan, kejohanan Worlds 2020 akan dianjurkan di enam kota berbeza di China dan Stadium Shanghai akan menjadi pentas akhir kejohanan.

Riot Games mensasarkan kejohanan tersebut untuk menjadi acara sukan paling besar di Shanghai bagi tahun 2020 dan akan merubah struktur pentas di stadium tersebut untuk memuatkan lebih ramai penonton. Berbanding dengan kebanyakan stadium yang meletakkan pentas di satu sudut stadium, Riot Games akan meletakkan pentas di tengah stadium dan membenarkan kesemua tempat duduk disekeliling dihiasi penonton.

Riot Games juga telah membina sebuah pusat siaran khas di Shanghai bagi mengendalikan proses penyiaran kejohanan dari kota-kota yang telah terpilih sebagai lokasi pertandingan. – Sumber : ESPN

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments