League of Legends

FunPlus Phoenix Adalah Juara League of Legends World Championship 2019

11/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

FunPlus Phoenix Adalah Juara League of Legends World Championship 2019

Bacaan: < 1 minit

Selepas lebih sebulan kejohanan Worlds 2019 berlangsung, piala Summoner’s Cup akhirnya dijulang di kota Paris oleh pasukan FunPlus Phoenix.

FunPlus Phoenix menafikan hasrat G2 Esports untuk mencapai Grand Slam pada musim ini dan juga usaha mereka untuk membawa gelaran juara pertama bagi Eropah semenjak dari tahun 2012.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di AccorHotels Arena, Paris itu, FunPlus Phoenix memperoleh kemenangan bersih 3-0 ke atas G2 Esports. FPX mendominasi ketiga-tiga perlawanan dan dalam pada masa yang sama pemain mereka, Lin “Lwx” Wei-Xiang mencipta rekod menjadi pemain pertama tidak mati walau sekali di siri perlawanan akhir.

FPX akan membawa pulang Summoner’s Cup ke China, yang kedua bagi rantau tersebut untuk dua musim berturut-turut selepas Invictus Gaming menjadi juara pada tahun 2018 lalu. Dengan itu, berakhirlah musim kompetitif League of Legends bagi tahun ini dan untuk musim hadapan, kejohanan Worlds 2020 akan terbang ke China untuk dilangsungkan di Shanghai.