Vainglory

SEMC Menyerahkan Pembangunan Vainglory Kepada Rogue Games

07/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

SEMC Menyerahkan Pembangunan Vainglory Kepada Rogue Games

Bacaan: < 1 minit

Superevil Megacorp, pembangun disebalik permainan MOBA mudah alih Vainglory hari ini mendedahkan bahawa pembangunan permainan itu akan diteruskan oleh syarikat lain menerusi kerjasama baharu.

Kemaskini dan pembangunan Vainglory selepas ini akan diuruskan oleh Rogue Games yang terkenal dengan permainan Epic Skater 2, Chaos Battle League dan pelbagai lagi. SEMC dalam pada masa yang sama turut mengumumkan bahawa mereka kini telah berjaya memperoleh dana sebesar USD10.5 juta dan akan memfokuskan kepada pembangunan permainan baharu mereka iaitu Project Spellfire.

Project Spellfire merupakan sebuah permainan bahar yang akan dilancarkan pada tahun 2020 kelak. SEMC belum bersedia untuk bercerita lanjut mengenai genre dan corak permainan ini dan hanya berkongsikan bahawa ia akan boleh dimainkan secara rentas platform.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendaftarkan diri anda untuk sesi ujian alfa/beta yang akan dilakukan kelak bagi Project Spellfire di laman web projectspellfire.com

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *