Dota 2 Tempatan

MidOne Akan Berehat Bagi Sementara Waktu – Team Secret Umum Perubahan Pemain

05/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

MidOne Akan Berehat Bagi Sementara Waktu – Team Secret Umum Perubahan Pemain

Bacaan: < 1 minit

Ura-ura mengenai perubahan pemain bagi pasukan Secret telah pun berterbangan semenjak berakhirnya kejohanan The International 2019 pada bulan Ogos yang lalu. Namun begitu, Secret kekal berdiam diri dan hanya mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyertai kejohanan Minor dan Major pertama bagi musim 2019/2020 ini.

Terkini, Secret akhirnya telah mengumumkan perubahan di dalam pasukan itu, dengan pemain posisi tengah mereka, Yeik “MidOne” Nai Zheng turun dari posisi pemain aktif dan jurulatih pasukan, Lee “SunBhie” Jeong-jae, meninggalkan pasukan. MidOne didedahkan akan berehat bagi sementara waktu dari arena kompetitif Dota 2 selepas sekian lama meninggalkan negara beliau untuk bermain di Eropah.

Posisi MidOne akan diganti oleh Nisha yang beralih dari posisi carry pasukan. Sementara itu, posisi Nisha pula akan digantikan oleh bekas pemain Team Liquid dan Chaos EC iaitu Lasse Aukusti “MATUMBAMAN” Urpalainen. Turut menyertai pasukan ialah bekas jurulatih Team Liquid dan TNC Predator iaitu Lee “Heen” Seung Gon yang akan menjadi jurulatih baharu pasukan Secret.

MidOne merupakan antara pemain tempatan yang paling berjaya di dalam arena esukan. Bersama Team Secret, beliau telah memenangi tiga kejohanan Major dan pelbagai kejohanan lainnya. Beliau juga menghadiri tiga kejohanan The International bersama Secret dan memperoleh kedudukan ke-empat sebagai kedudukan terbaik mereka di kejohanan tersebut.

Pada ketika ini, tidak pasti berapa lamakah beliau akan berehat dari menyertai pertandingan. Beliau dilihat akan berehat dan meluangkan masa bersama keluarga di Malaysia bagi sementara waktu sebelum kembali semula bermain pada masa akan datang.

Team Secret Dota 2:

  1. Lasse Aukusti “MATUMBAMAN” Urpalainen
  2. Michał “Nisha” Jankowski
  3. Ludwig “zai” Wåhlberg
  4. Yazied “YapZor” Jaradat
  5. Clement “Puppey” Ivanov (Kapten)
  6. Lee “Heen” Seung Gon (Jurulatih)

Sumber foto: GES-Sportfoto/Mercedes-Benz

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *