League of Legends

Sekali Lagi Eropah Lawan China – G2 Esports Dan FunPlus Phoenix Adalah Finalis Worlds 2019

03/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Sekali Lagi Eropah Lawan China – G2 Esports Dan FunPlus Phoenix Adalah Finalis Worlds 2019

Bacaan: < 1 minit

Adakah dinasti Korea Selatan kini berakhir? Selepas pasukan Korean Selatan tumpas di pusingan separuh akhir Piala Dunia Overwatch, rakan senegara mereka, SKT T1 juga menerima nasib yang sama di kejohanan League of Legends World Championship 2019 apabila tewas 3-1 kepada G2 Esports.

G2 Esports memastikan untuk dua tahun berturut-turut perlawanan akhir kejohanan Worlds akan menjadi pertarungan diantara Eropah menentang China. G2 Esports akan mara ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan pasukan FunPlus Phoenix yang menewaskan rakan senegara, Invictus Gaming di perlawanan separuh akhir mereka juga dengan keputusan yang sama iaitu 3-1.

Bagi perlawanan akhir ini nanti, ia akan berlangsung di AccorHotels Arena, Paris pada 10 November depan. Pemenang akan merangkul gelaran juara keseluruhan kejohanan dan juga mengangkat piala Summoner’s Cup. Di acara pembukaan perlawanan akhir ini juga, Riot Games telah menjanjikan persembahan daripada Cailin Russo dan Chrissy Costanza yang menyanyikan lagu tema tahun ini iaitu Pheonix.

Selain daripada itu, sebuah persembahan khas oleh pasukan muzik maya baharu Riot Games, True Damage akan turut berlangsung. Antara artis yang akan mewakili watak champions di dalam persembahan tersebut adalah Soyeon, Becky G, Keke Palmer, Thutmose, dan Duckwrth.

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *