Hearthstone Battlegrounds

Hearthstone Memperkenalkan Mod Permainan Autobattler Tersendiri Digelar Battlegrounds

03/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Hearthstone Memperkenalkan Mod Permainan Autobattler Tersendiri Digelar Battlegrounds

Bacaan: < 1 minit

Walaupun demam permainan autobattler telah pun reda, Blizzard kini mengumumkan bahawa mereka turut telah membangunkan sebuah mod permainan khas bagi genre tersebut di dalam permainan Hearthstone.

Di acara pembukaan BlizzCon 2019, pembangun Hearthstone mengumumkan Hearthstone Battlegrounds, mod permainan autobattler tersendiri mereka. Seperti permainan autobattler lainnya, Battlegrounds akan turut mempetarungkan lapan pemain diantara satu sama lain.

Namun begitu, berbeza dengan permainan lainnya, permainan ini tidak mempunyai papan catur permainan dan hadir dengan rekaan seperti permainan Hearthstone asal. Hearthstone Battlegrounds akan hadir dengan 24 hero unik semasa pelancaran yang masing-masing hadir dengan abiliti dan kuasa unik.

Akses awal bagi permainan ini akan bermula pada 6 November depan bagi para pembeli awal pek Descent of Dragons, hadirin BlizzCon dan pembeli tiket BlizzCon Virtual Ticket. Ujian awal kemudiannya akan dibuka kepada umum bermula pada 13 November depan.

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *