Piala Dunia Overwatch

Amerika Syarikat Benam China Di Perlawanan Akhir Piala Dunia Overwatch

03/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Amerika Syarikat Benam China Di Perlawanan Akhir Piala Dunia Overwatch

Bacaan: < 1 minit

Untuk pertama kalinya di dalam sejarah Piala Dunia Overwatch, pasukan Korea Selatan gagal mara ke perlawanan akhir kejohanan sekaligus gagal mempertahankan gelaran juara yang dipegang mereka semenjak dari tahun 2016.

Juara bertahan itu tewas di pusingan separuh akhir kepada pasukan Amerika Syarikat yang kemudiannya mara ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan pasukan China yang menewaskan pasukan Perancis di perlawanan separuh akhir mereka.

Di perlawanan akhir tersebut, pasukan Amerika Syarikat tampil garang dan memenangi ketiga-tiga peta yang dimainkan iaitu Illios, King’s Row dan Dorado. Jay ‘sinatraa’ Won, pemain bagi pasukan Amerika Syarikat (dan San Francisco Shock), diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan. Ini merupakan gelaran pemain terbaik kedua beliau musim ini selepas memenangi gelaran yang sama bagi Liga Overwatch tempoh hari.

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *