FIFA Tempatan

Terengganu FC Adalah Juara Sulung ePiala Malaysia 2019

01/11/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Terengganu FC Adalah Juara Sulung ePiala Malaysia 2019

Bacaan: < 1 minit

Pasukan Terengganu FC muncul juara sulung ePiala Malaysia selepas menewaskan pasukan Melaka di perlawanan akhir kejohanan.

Terengganu FC yang diwakili oleh Muhammad Luqman Haziq Hajiman (LuqmanHzq) menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-0 menewaskan Melaka yang diwakili oleh Mirza Mohammad Nabil Beg Mirza Mohammad Taiyab Beg (Bale).

Sumber Foto: Malaysia Football League

Sebagai juara, Terengganu FC menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan juga trofi. Sementara itu, tempat ketiga kejohanan pula dimenangi oleh pasukan Kedah yang diwakili oleh Ahmad Shahrin Shaharudin (Ayen) yang menewaskan Iskandar Mirza Mohd Mustafa (IsMirza) yang bermain bagi pasukan Selangor.

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *