CSGO

100 Thieves Mengambilalih Skuad CS:GO Renegades

11 bulan lalu

100 Thieves Mengambilalih Skuad CS:GO Renegades

Selepas gagal menyertai arena kompetitif CS:GO pada penghujung tahun 2017 lalu, 100 Thieves kini secara rasminya kembali dengan menandatangani pasukan CS:GO Renegades.

Pengambilalihan bekas pemain Renegades dilihat sebagai langkah yang tepat bagi organisasi tersebut dengan prestasi pasukan yang amat baik kebelakangan ini. Skuad yang dibarisi oleh hampir kesemua pemain dari Australia itu akan beraksi dibawah naungan 100 Thieves bermula dengan kejohanan IEM Beijing pada 7 sehingga 10 November depan.

Skuad ini juga telah melayakkan diri ke kejohanan Major pertama CSGO bagi musim hadapan (Spring 2020) selepas menamatkan kejohanan StarLadder Major tempoh hari di pusingan semifinal. Berikut adalah barisan pemain bagi pasukan CS:GO 100 Thieves:

  • Justin “jks” Savage
  • Aaron “AZR” Ward
  • Joakim “jkaem” Myrbostad
  • Sean “Gratisfaction” Kaiwai
  • Jay “Liazz” Tregillgas
  • Aleksandar “kassad” Trifunović (Jurulatih)

Sumber: HLTV

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments