Steam

EA Access Akan Hadir Ke Steam Membawakan Permainan Seperti Apex Legends, FIFA 20 Dan Battlefield V

30/10/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

EA Access Akan Hadir Ke Steam Membawakan Permainan Seperti Apex Legends, FIFA 20 Dan Battlefield V

Bacaan: < 1 minit

Penerbit permainan ternama, Electronic Arts secara rasminya akan kembali memasarkan beberapa permainan mereka dan EA Access ke platform Steam bermula dengan permainan Star Wars Jedi: Fallen Order yang akan dilancarkan 15 November ini.

Kerjasama diantara dua syarikat tersebut diumumkan oleh EA menerusi laman blog rasmi mereka. Selepas Fallen Order, permainan lain seperti The Sims 4 dan Unravel Two juga boleh dimainkan dalam bulan-bulan mendatang. Bagi permainan berbilang pemain di dalam talian seperti Apex Legends, FIFA 20, dan Battlefield V, ia akan ditawarkan bermula pada tahun hadapan.

Para pemain di Origin dan Steam juga akan boleh bermain bersama-sama tanpa sebarang masalah. EA dilihat bakal mengikut jejak langkah Ubisoft di mana walaupun permainan ini ditawarkan secara terus di Steam, para pemain masih memerlukan akaun dan pelancar dari penerbit, di dalam kes ini iaitu pelancar Origin untuk memainkan permainan-permainan EA.

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *