League of Legends

Selepas K/DA, Riot Games Bakal Memperkenalkan Kumpulan Muzik Maya Baharu, True Damage

28/10/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Selepas K/DA, Riot Games Bakal Memperkenalkan Kumpulan Muzik Maya Baharu, True Damage

Bacaan: < 1 minit

Antara perkara yang paling menarik di setiap penganjuran kejohanan League of Legends World Championship adalah lagu tema dan lagu sampingan yang dihasilkan oleh Riot Games.

Bagi edisi tahun lalu, lagu POP/STAR oleh K/DA menjadi amat popular sehingga mencapai 275 ratus juta kali di laman Youtube. Kmpulan muzik maya itu dibarisi Madison Beer, Miyeon dan Soyeon (G)I-DLE dan Jaira Burns yang mewakili watak Evelynn, Kai’Sa, Ahri dan Akali.

Tahun ini, selepas melancarkan lagu tema bertajuk Pheonix, Riot Games bakal memperkenalkan sebuah lagi kumpulan muzik maya baharu digelar sebagai True Damage yang akan turut dibarisi oleh Akali (Soyeon).

Selain daripada Soyeon, kumpulan ini juga akan dibarisi oleh Becky G, Keke Palmer, Thutmose, dan Duckwrth mewakili watak yang masih lagi belum didedahkan. Mereka bakal memperkenalkan lagu baharu di acara penutupan kejohanan sebelum bermulanya perlawanan akhir kejohanan pada 10 November ini (11 November +08GMT).

Dan seperti biasa, koleksi khas skin kumpulan muzik ini juga akan hadir bagi kesemua watak yang terlibat. Riot Games juga dilihat bakal melancarkan figura khas mereka bersama-sama dengannya.

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *