PUBG Mobile Tempatan

Resurgence Buka Divisyen Di Malaysia – Tubuh Pasukan PUBG Mobile

1 tahun lalu

Resurgence Buka Divisyen Di Malaysia – Tubuh Pasukan PUBG Mobile

Organisasi esukan berpengkalan di Singapura, Resurgence kini meluaskan sayap mereka ke seberang tambak dengan mengumumkan penubuhan Resurgence Malaysia.

Resurgence mengumumkan bahawa mereka kini telah mempunyai pejabat 4 aras baharu di Damansara Perdana yang turut dilengkapi dengan pusat latihan bagi para pemain mereka. Divisyen baharu di Malaysia ini akan diketuai oleh Aaron “Qontra” Chan sebagai Pengurus Operasi dan dibantu oleh Abdul “RanGer” Hakiem, yang sudah tidak asing lagi di arena kompetitif COD profesional di Malaysia sebagai Ketua Kandungan.

Bersama-sama dengan penubuhan divisyen baharu ini, Resurgence juga telah menandatangani pasukan PUBG Mobile dibarisi oleh pemain dari Malaysia. Berikut adalah senarai tersebut:

  • Muhd Mukhriz “IronPRO” Lutfi Bin Fariq Adlan
  • Alexis “小BoY” Aw Chee Loong
  • Jay “Y2K” Lim Jarn Jiang
  • Muhd Imran “Vokey” Bin Rosli

Sumber : Resurgence

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments