Mobile Legends Tempatan

Todak Dan Axis Bosskurr Adalah Wakil Malaysia Di Kejohanan Mobile Legends M1 World Championship

11 bulan lalu

Todak Dan Axis Bosskurr Adalah Wakil Malaysia Di Kejohanan Mobile Legends M1 World Championship

Liga Profesional Mobile Legends MY/SG telah pun berakhir memperlihatkan pasukan Evos Esports menjadi juara keseluruhan liga.

Pasukan dari Malaysia, Todak mengakhiri musim mereka di tempat kedua liga manakala pasukan Axis Esports (kini Axis Bosskurr) menamatkannya di kedudukan ke-4. Ini menjadikan mereka dua pasukan terbaik negara untuk musim ini.

Oleh sebab itu, kedua-dua pasukan kini rasmi terpilih sebagai wakil negara di kejohanan M1 World Championship yang akan berlangsung pada bulan November depan. Mereka akan menyertai pasukan-pasukan Mobile Legends dari rantau-rantau lain untuk merebut gelaran pasukan terbaik dunia.

M1 World Championship merupakan piala dunia pertama bagi permainan Mobile Legends. Ia akan berlangsung bermula pada 11 November depan bagi peringkat kumpulan sebelum beralih ke peringkat akhir pada 15 November. Peringkat akhir kejohanan akan berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur. Selain mempertaruhkan gelaran pasukan terbaik di seluruh dunia, kejohanan ini turut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD250,000.

Foto : Moonton / EGG Network

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments