Mobile Legends Tempatan

Evos Esports SG Menjuarai MPL MY/SG Musim Ke-4

Diterbitkan: 21/10/2019 2 minit bacaan

Penulis:

Evos Esports SG Menjuarai MPL MY/SG Musim Ke-4

Bacaan: 2 minit

Dua musim berturut-turut pasukan Evos Esports SG mara ke pentas akhir MPL MY/SG hanya untuk tumbang kepada lawan mereka. Namun mereka tidak berputus asa untuk kembali semula mencuba dan bagi musim ke-4 MPL MY/SG ini, kehebatan mereka sekali lagi membawa mereka ke pentas akhir liga.

Hari kedua bagi pusingan akhir MPL MY/SG bermula dengan perlawanan diantara pasukan Todak dan Evos Esports di bahagian kumpulan menang (upper bracket). Todak menyapu bersih kedua-dua perlawanan untuk mara ke perlawanan akhir liga dan menjatuhkan Evos Esports ke bahagian kumpulan kalah (lower bracket).

Peringkat akhir ini kemudiannya beralih ke bahagian kumpulan kalah mempertarungkan dua pasukan iaitu Resurgence menentang Axis Esports. Pasukan dari Malaysia, Axis Esports tewas dengan keputusan 2-0 untuk membenarkan lawan mereka mara bertemu dengan Evos Esports.

Namun begitu langkah Resurgence terhenti di perlawanan ini kerana mereka gagal mengekang para pemain Evos Esports. Perlawanan ini amat dengan keputusan 2-0 memihak kepada Evos untuk mereka kembali bertemu dengan Todak di perlawanan akhir liga.

Tidak seperti perlawanan yang berlangsung di awal hari tadi, pasukan Evos kali ini telah bangun dari tidur mereka dan memberikan tentangan yang sengit. Siri ini berlangsung sehingga ke perlawanan kelima masing-masing memperoleh dua kemenangan. Di perlawanan terakhir, selepas tiga kali berada di pentas akhir liga semenjak dari musim kedua, Evos Esports akhirnya berjaya merangkul kejuaraan liga.

Evos Esports membalas dendam dengan membenam Todak di perlawanan terakhir itu dan menamatkan siri dengan keputusan 3-2. Sebagai juara. Evos Esports membawa pulang hadiah berupa USD25,000 dan piala liga. Musim ke-4 ini menjadi musim paling sempurna buat mereka selepas mengakhiri kedua-dua musim tetap dan pusingan akhir di tempat pertama. Tidak cukup dengan itu, pemain terbaik pusingan akhir juga dianugerahkan kepada pemain mereka iaitu Potato.

Sebagai pasukan terbaik Singapura untuk musim ini, Evos Esports SG juga kini rasmi bakal mewakili Singapura di kejohanan M1World Championship 2019 tidak lama lagi.