Mobile Legends

#MPLMYSG Playoff Hari 1 – Juara Bertahan, Geek Fam Dan Shopee Bosskurr Tersingkir

20/10/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

#MPLMYSG Playoff Hari 1 – Juara Bertahan, Geek Fam Dan Shopee Bosskurr Tersingkir

Bacaan: < 1 minit

Sepanjang hujung minggu ini, pengakhiran kepada musim ke-4 bagi Liga Professional Mobile Legends: Bang Bang MY/SG akan berlangsung di KL Live.

Lapan pasukan yang mara dari musim tetap akan bertarung merebut gelaran juara liga. Hari pertama bagi peringkat akhir ini telah berlangsung semalam (Sabtu 19 Oktober) memperlihatkan empat pasukan telah tersingkir.

Di bahagian kumpulan kalah (lower bracket), pasukan kegemaran ramai di Malaysia, Shopee Bosskurr tersingkir awal apabila tewas kepada pasukan Notorious Villains daripada Singapura. Di sebuah lagi perlawanan, dua pasukan dari Malaysia bertembung iaitu pasukan Geek Fam dan Xpax X-assins. Juara bertahan, Geek Fam memenangi perlawanan tersebut untuk mara ke pusingan seterusnya.

Di bahagian kumpulan menang (upper bracket), Evos Esports SG menempak tiket ke hari kedua dengan menewaskan rakan senegara iaitu pasukan Resurgence. Pasukan dari Malaysia, Todak juga melakukan perkara yang sama dengan menewaskan pasukan senegara iaitu Axis Esports.

Kedua-dua pasukan yang tewas di kumpulan menang itu jatuh ke kumpulan kalah. Pasukan Resurgence kemudiannya bertemu dengan pasukan Geek Fam. Tidak hilang semangat selepas tewas kepada Evos, Resurgence bangkit menewaskan Geek Fam dan menyingkirkan juara bertahan itu dari kejohanan.

Skrip yang sama digunapakai oleh pasukan Axis Esports. Walaupun tewas di kumpulan menang, mereka bangkit semula di perlawanan kumpulan kalah dan menyingkirkan pasukan Notorious Villains. Berikut adalah keputusan penuh hari pertama dan kedudukan pasukan pada ketika ini:

Perlawanan hari kedua akan disiarkan secara langsung di laman Faceook rasmi Mobile Legends di pautan ini.