PUBG Mobile

Fnatic Tandatangani Pasukan PUBG Mobile Berpengkalan Di India

19/10/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Fnatic Tandatangani Pasukan PUBG Mobile Berpengkalan Di India

Bacaan: < 1 minit

Arena esukan bagi permainan mudah alih terus meningkat popular dari tahun ke tahun seiring dengan perkembangan teknologi jalur lebar dan telefon pintar.

Oleh kerana manusia masa kini hampir kesemua mempunyai telefon pintar masing-masing, adalah lebih mudah bagi permainan esukan mudah alih untuk dimainkan berbanding dengan PC. Ini menyebabkan permainan seperti Mobile Legends dan PUBG Mobile menjadi amat popular pada ketika ini.

Organisasi esukan ternama seluruh dunia juga sudah ramai yang mepunyai divisyen permainan mudah alih tersendiri mereka. Fnatic, organisasi esukan berasal dari Eropah sebelum ini telah mempunyai pasukan tersendiri bagi permainan Rules of Survival.

Mereka kini bakal meluaskan lagi divisyen mudah alih mereka dengan menandatangani pasukan PUBG Mobile. Fnatic telah mengumumkan bahawa mereka telah mengambil alih pasukan Xspark yang berpengkalan di India.

Pasukan ini dibarisi oleh Sc0utOP, Ronak, Owais, InYoDream dan Paritosh. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Permainan Fnatic iaitu Patrik Sรคttermon kepada laman web AFKGaming, Fnatic turut berhasrat untuk mewujudkan fasiliti tersendiri di negara India pada masa akan datang.

Ini bukanlah kali pertama organisasi tersebut menjejakkan kaki ke arena esukan di Asia. Fnatic telah pun mempunyai rumah pasukan tersendiri di Malaysia bagi pasukan Dota 2 mereka. Mereka telah mempunyai ramai peminat di rantau ini dan aktif menyertai aktiviti esukan di sini. Dengan berita terbaru ini, Fnatic sudah tentu akan dapat mengukuhkan lagi jenama mereka di rantau ini.

Sumber : AFKGaming