Dota 2

Diretide Tidak Akan Kembali Tahun Ini

19/10/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Diretide Tidak Akan Kembali Tahun Ini

Bacaan: < 1 minit

Para pemain Dota 2 saban tahun telah meminta Valve untuk kembali hadir dengan mod permainan Diretide.

Mod permainan bersempena dengan sambutan Halloween itu hadir pada tahun 2012 dan kembali tiba pada tahun 2013. Semenjak daripada itu, ia tidak lagi hadir bagi tahun-tahun berikutnya. Para pemain telah melakukan pelbagai perkara bagi memaksa Valve untuk mengembalikan mod permainan tersebut seperti mengadakan petisyen, menghujani laman Facebook syarikat permotoran Volvo dan juga Obama dengan komen meminta ia diadakan semula.

Nampaknya, mod permainan popular itu juga tidak akan hadir bagi sambutan Halloween tahun ini. Cameron_dev, pembangun Dota 2 di Valve telah mengesahkan di laman reddit r/dota2 bahawa mod permainan tersebut tidak akan kembali tahun ini. Ini adalah kerana mereka sedang memfokuskan kepada perubahan pemadan permainan, perubahan untuk pemain baru dan kemaskini The Outlanders yang bakal hadir tidak lama lagi.

つ ◕_◕ ༽つ Give DIRETIDE つ ◕_◕ ༽つ