CSGO

CS:GO Lancar Kotak Senjata CS20 Sempena Ulangtahun Ke-20 Counter-Strike

19/10/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

CS:GO Lancar Kotak Senjata CS20 Sempena Ulangtahun Ke-20 Counter-Strike

Bacaan: < 1 minit

Pada bulan Jun yang lalu, siri permainan Counter-Strike secara rasminya telah berumur 20 tahun. Semenjak dilancarkan sebagai salah sebuah mod permainan Half-Life, permainan ini terus kekal popular sehingga hari ini dibawah siri terbaru iaitu CS:GO.

Bagi menyambutnya, Valve tempoh hari telah meminta para pereka untuk menghantar rekaan skin bertemakan permainan asal Counter-Strike. Dalam kemaskini terbaru permainan CG:GO, Valve kini telah memperkenalkan kotak senjata CS20 yang menyertakan rekaan-rekaan bertemakan Counter-Strike klasik tersebut.

Selain daripada senjata bertemakan elemen asal permainan itu, Valve turut mengembalikan pisau rekaan asal permainan tersebut. Kapsul pelekat khas dengan 20 rekaan komuniti turut sama diperkenalkan.

Akhir sekali, peta Cache yang direka semula kini hadir permainan umum selepas selesai diuji. Peta tersebut kini boleh dimainkan di pelayan rasmi untuk mod permainan Casual, Deathmatch, dan Scrimmage.