Teamfight Tactics

Papan Permainan Teamfight Tactics Akan Diperbesarkan Pada Kemaskini Set Ke-2

1 tahun lalu

Papan Permainan Teamfight Tactics Akan Diperbesarkan Pada Kemaskini Set Ke-2

Pada sambutan ulangtahun ke-10 League of Legends tempoh hari, Riot Games mengesahkan bahawa permainan autobattler popular mereka, Teamfight Tactics akan menerima set ke-2 yang membawakan pelbagai perkara baharu ke dalam permainan tersebut.

Kemaskini yang digelar sebagai ‘Rise of the Elements‘ itu hadir dengan pelbagai karekter baharu, Little Legends, tema baharu bagi papan permainan dan banyak lagi. Kesemua 50 champions yang telah ditambah masuk ke dalam mod permainan TFT juga akan digantikan dengan champions baharu pada set ke-2 ini.

Pereka utama TFT, Stephen ‘Mortdog’ Mortimer (Riot Mort) melalui laman Twitter beliau turut mengesahkan bahawa mereka akan mempenuhi permintaan para pemain dengan menambah besar papan permainan TFT. Semenjak TFT dilancarkan pada bulan Jun lalu, ramai pemain menyuarakan bahawa papan permainan TFT terlalu kecil terutamanya jika dibandingkan dengan permainan autobattler lainnya.

Bersama-sama dengan kemaskini set ke-2 kelak, papan permainan ini akan dibesarkan daripada 3 baris kotak kepada 4 baris kotak. Perubahan ini akan memberikan para pemain lebih kebebasan dalam melakukan strategi peletakan champions mereka.

Set ke-2 TFT akan mulai diuji di pelayan ujian PBE bermula pada minggu hadapan sebelum dilancarkan kepada umum pada awal November depan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments