Adam Shah (343) Menyertai Pasukan Alpha x Hashtag
Adam Shah yang sebelum ini dikenali sebagai 343 mengumumkan bahawa beliau telah menyertai pasukan Alpha x Hashtag.
Beliau akan bermain sebagai kapten pasukan di posisi ke-5 mengantikan Chan “WinteR” Litt Binn. WinteR bagaimanapun akan kekal bersama dengan pasukan berpengkalan di Thailand itu sebagai jurulatih.
Berikut merupakan senarai pemain bagi pasukan Alpha x Hashtag:
- Galvin ‘Meracle’ Kang Jian Wen
- Cheng ‘NothingToSay’ Jin Xiang
- Kim ‘Velo’ Tae-sung
- Wilson ‘Poloson’ Koh Chin Wei
- Adam Shah (343)