FIFA Tempatan

Melaka Dan Terengganu Layak Ke Final ePiala Malaysia 2019

17/10/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Melaka Dan Terengganu Layak Ke Final ePiala Malaysia 2019

Bacaan: < 1 minit

Edisi sulung ePiala Malaysia menghampiri penghujungnya dan kini dua pasukan terbaik kejohanan telah pun diketahui.

Pasukan Melaka dan Terengganu FC hari ini mengesahkan tiket ke perlawanan akhir kejohanan selepas menewaskan lawan masing-masing di pusingan separuh akhir. Melaka yang diwakili oleh Mirza Mohammad Nabil Beg Mirza Mohammad Taiyab Beg (Bale) menewaskan Ahmad Shahrin Shaharudin (Ayen), pemain bagi pasukan Kedah dengan keputusan agregat 4-1 (2-0, 2-1).

Sementara itu, slot finalis kedua menjadi milik pasukan Terengganu FC yang menyingkirkan pasukan Selangor. Muhammad Luqman Haziq Hajiman (LuqmanHzq) menewaskan Iskandar Mirza Mohd Mustafa (IsMirza) dengan keputusan bersih 4-0 (1-0, 3-0) untuk membawa Terengganu FC ke perlawanan akhir kejohanan.

Sumber Foto: Malaysia Football League

Perlawanan akhir bagi ePiala Malaysia akan berlangsung pada 2 November depan sebelum bermulanya perlawanan akhir bagi Piala Malaysia. Juara ePiala Malaysia 2019 bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan juga trofi.