Teamfight Tactics

Teamfight Tactics Juga Akan Ditawarkan Untuk Peranti Android Dan iOS

1 tahun lalu

Teamfight Tactics Juga Akan Ditawarkan Untuk Peranti Android Dan iOS

Ketika melancarkan permainan Teamfight Tactics tempoh hari, Riot Games mengumumkan bahawa mereka tiada perancangan untuk melancarkan versi mudah alih.

Namun begitu, hasil kepopularan permainan autobattler tersebut yang mempunyai 33 juta pemain bulanan, Riot Games akhirnya mengalah dengan permintaan peminat dan bakal menerbitkan versi mudah alih untuk kedua-dua platform Android dan iOS. Para pemain yang berminat kini boleh melakukan pendaftaran awal permainan tersebut menjelang ujian beta pada penghujung tahun ini dan pelancaran rasmi pada suku pertama tahun 2020.

Teamfight Tactics untuk peranti mudah alih ini akan menerima sokongan permainan rentas platform bagi membolehkan rakan-rakan untuk bermain bersama tanpa mengira peranti.

Teamfight Tactics juga bakal hadir dengan set kedua mereka, menandakan musim baharu yang membawakan pelbagai perubahan dari segi kolam champions, kostmetik baharu, perubahan item dan pelbagai lagi. Set kedua ini digelar sebagai ‘Rise of the Elementals’.

Pradaftar : Android

Layari : teamfighttactics.leagueoflegends.com

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments