League of Legends

Riot Games Sedang Membangunkan Permainan FPS Seakan Overwatch

16/10/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Riot Games Sedang Membangunkan Permainan FPS Seakan Overwatch

Bacaan: < 1 minit

Tidak cukup dengan permainan League of Legends mudah alih, permainan kad digital, permainan pertarungan, Riot Games turut sama mengumumkan hari ini bahawa mereka sedang membangunkan permainan FPS tersendiri yang pada ketika ini diberikan nama Project A (Ares).

Project A merupakan sebuah permainan FPS memfokuskan kepada karekter dengan abiliti unik seakan permainan Overwatch. Menurut sumber, pemain yang telah mencuba bermain permainan ini menggelar corak permainannya seperti gabungan diantara permainan Counter Strike dan Overwatch. Kebanyakkan pemain yang mengujinya juga memuji permainan ini.

Pada ketika ini ia masih lagi berada di dalam fasa pembangunan awal dan Riot Games mengumumkan bahawa maklumat lanjut berkaitan dengannya akan diumumkan pada tahun hadapan. Riot Games turut mengesahkan bahawa permainan ini akan memfokuskan kepada arena kompetitif.

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *