League of Legends

Project L Dan Project F, Dua Lagi Permainan Yang Sedang Dibangunkan Riot Games

16/10/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Project L Dan Project F, Dua Lagi Permainan Yang Sedang Dibangunkan Riot Games

Bacaan: < 1 minit

Selain daripada permainan Legends of Runeterra, Wild Rift dan permainan FPS Project A yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, Riot Games juga mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan dua lagi permainan pada ketika ini.

Kedua-dua permainan ini masih lagi di dalam fasa pembangunan awal dan hanya mempunyai kod nama Project L dan Project F. Project L merupakan permainan bergenre pertarung seperti Street Fighter yang diumumkan pada acara EVO 2019 yang lepas.

Project F pula masih tidak diumumkan genre permainannya namun melalui video yang dipaparkan, ia akan menjadi permainan dari genre MMO/RPG. Memandangkan ia masih di dalam pembangunan awal, tidak banyak perincian mengenai kedua-dua permainan ini didedahkan pada ketika ini.