Legends of Runeterra

Legends of Runeterra, Permainan Kad Digital League of Legends Bakal Hadir 2020

1 tahun lalu

Legends of Runeterra, Permainan Kad Digital League of Legends Bakal Hadir 2020

Pada siaran khas Riot Pls bersempena dengan ulang tahun ke-10 League of Legends, Riot Games telah mengumumkan permainan kad digital tersendiri mereka yang dinamakan sebagai Legends of Runeterra. Permainan ini masih bakal hadir untuk platform PC dan juga Android dan ujian awal khas permainan ini untuk PC telah pun bermula hari ini untuk mereka yang terpilih.

Bagi yang tidak terpilih, prapendaftaran bagi kedua-dua versi PC dan Android boleh dilakukan di laman rasmi permainan tersebut. Permainan ini akan ditawarkan secara percuma untuk dimainkan dan kad permainan boleh dibeli dan dinyahkunci melalui pelbagai cara.

Kedua-dua versi PC dan mudah alih akan tiba untuk dimainkan umum pada tahun 2020.

Layari: https://sea.playruneterra.com/

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments