League of Legends

#League10 League of Legends: Origins, Dokumentari Khas Ulangtahun Ke-10 Bakal Diterbitkan Di Netflix

16/10/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

#League10 League of Legends: Origins, Dokumentari Khas Ulangtahun Ke-10 Bakal Diterbitkan Di Netflix

Bacaan: < 1 minit

Kemaskini : LoL: Origins kini boleh ditonton di laman Netflix dan di laman penstriman lainnya.

Permainan League of Legend bakal menyambu5 ulangtahun ke-10 pada 27 Oktober ini dan bagi meraikannya, Riot Games dilihat telah menyediakan pelbagai acara dan kandungan menarik.

Selain daripada khabar angin berkait dengan permainan kad digital baharu, League of Legends Mobile dan anime, Riot Games dilihat bakal menerbitkan sebuah dokumentari khas mengenai permainan tersebut.

Di beri tajuk League of Legends: Origin, dokumentari tersebut bakal diterbitkan di laman penstriman popular Netflix. Ia mengisahkan perjalan permainan tersebut sepanjang 10 tahun ia wujud, menjadi permainan esukan ternama di dunia.