League of Legends Mobile

League of Legends: Wild Rift Adalah Permainan LoL Untuk Konsol Dan Peranti Mudah Alih.

16/10/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

League of Legends: Wild Rift Adalah Permainan LoL Untuk Konsol Dan Peranti Mudah Alih.

Bacaan: < 1 minit

Melihat kepada kejayaan permainan MOBA mudah alih seperti Mobile Legends dan Arena of Valor, Riot Games dilihat akan turut sama melangkah ke arena permainan mudah alih dengan mengumumkan permainan League of Legends khas untuk peranti mudah alih dan konsol iaitu League of Legends: Wild Rift.

Wild Rift bukanlah permainan League of Legends yang dipindahkan ke skrin kecil namun ia adalah permainan yang dibangunkan khas daripada asasnya dan direka untuk permainan waktu singkat sekitar 15 sehingga 18 minit. Ia akan hadir bagi konsol, Android dan iOS.

Dengan kepopularan permainan Mobile Legends di Asia, Riot Games juga mahu mencuri pegangan pasaran mereka dengan menawarkan bonus khas kepada para pemain di Asia Tenggara, Taiwan, Hong Kong dan Macau yang mendaftaran di tarikh pelancarannya.

Fasa ujian alfa dan beta akan bermula pada penghujung tahun ini bermula di China dan akan meliputi baki keseluruhan rantau menjelang akhir tahun 2020. Pendaftaran awal boleh dilakukan di laman rasmi League of Legends: WildRift.

Layari : wildrift.leagueoflegends.com

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *