League of Legends League of Legends: Wild Rift (Mobile) Legends of Runeterra

LoL Mobile, Legends of Runeterra, Anime Khas Antara yang Dikhabarkan Bakal Diumumkan Di Siaran Ulangtahun Ke-10 League of Legends

12 bulan lalu

LoL Mobile, Legends of Runeterra, Anime Khas Antara yang Dikhabarkan Bakal Diumumkan Di Siaran Ulangtahun Ke-10 League of Legends

Riot Games bakal melakukan siaran khas awal pagi nanti bagi menyambut ulangtahun ke-10 bagi permainan League of Legends.

Di sambutan tersebut, pelbagai acara telah dirancangkan oleh Riot Games seperti perlawanan pertunjukkan khas, siaran khas ulang tahun dan siaran acara Riot Pls khas. Riot Games juga dijangkakan akan melakukan beberapa pengumuman di siaran ini berkaitan dengan masa depan permainan League of Legends.

Terkini, beberapa khabar angin telah hadir akan perkara yang bakal didedahkan pagi nanti. Antaranya adalah pengumuman Legends of Runeterra, permainan yang sebelum ini ditiriskan sedang dibangunkan oleh Riot Games.

Menurut Rod ‘Slasher’ Breslau, sumber beliau menyatakan bahawa Legends of Runeterra merupakan sebuah permainan kad digital. Sumber tersebut menyatakan bahawa Riot Games bakal menerbitkan anime khas berdasarkan alam semesta League of Legends.

Ini bukanlah langkah yang mengejutkan terutamanya apabila para peminat menerima baik animasi yang dihasilkan Riot Games pada video muzik yang telah dilancarkan sebelum ini.

Sementara itu di China, sebuah laman khas bagi pendaftaran permainan League of Legends Mobile telah diterbitkan di internet buat seketika sebelum ia ditarik semula. Ia dilihat telah diterbitkan terlebih awal, menjelang pengumuman rasmi di siaran ulangtahun ke-10 awal pagi nanti.

Siaran ulangtahun ke-10 League of Legends akan bermula pada pukul 1.00 pagi nanti waktu tempatan di Malaysia. Bagi anda yang mahu menontonnya, ia akan disiarkan di laman Twitch Riot Games.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments