Pasukan Singapura Memenangi Perlawanan All-Star MPL MY/SG Musim 4
Menjelang bermulanya pusingan akhir bagi Liga Profesional Mobile Legends (Mobile Legends Professional League – MPL) MY/SG musim ke-4, sebuah perlawanan All-Star telah diadakan mempertandingan pasukan wakil Malaysia menentang pasukan wakil Singapura.
Seperti mana musim terdahulu,senarai pemain yang mewakili kedua-dua negara ini dipilih para peminat menerusi undian terbuka yang diadakan tempoh hari. Berikut adalah senarai pemain yang terpilih:
Malaysia
- Soloz (Shopee Bosskurr)
- 2ez4jepV (Geek Fam)
- Moonnnnnn (Todak)
- Logan (Shopee Bosskurr)
- Xorn (Geek Fam)
Singapura
- OhDearBambi (Evos Esports SG)
- Fenrir (Notorious Villains)
- Aeon (Resurgence)
- Kolia (Notorious Villains)
- JPL (Evos Esports SG)
Perlawanan All-Star ini berakhir dengan kemenangan menjadi milik pasukan Singapura sekaligus mengekalkan gelaran yang diperoleh mereka pada musim ke-3 dahulu.
Sebagai juara perlawanan, pasukan Singpura memperoleh hadiah berupa 50,000 diamonds. Sementara itu, pada penghujung minggu hadapan, musim ke-4 bagi liga MPL MY/SG akan tamat dengan berlangsungnya pusingan akhir liga.
8 pasukan terbaik musim ini akan bertarung bagi memperoleh gelaran juara liga bagi musim ke-4 ini. Pusingan akhir ini akan berlangsung pada 19 dan 20 Oktober ini bertempat di KL Live, Life Centre. Hadiah sebesar US$51,000 disediakan bagi pusingan akhir ini.
