Dota 2

(SKT) T1 Perlihat Barisan Pemain Pertama Mereka Untuk Dota 2

1 tahun lalu

(SKT) T1 Perlihat Barisan Pemain Pertama Mereka Untuk Dota 2

Selepas mengumumkan bahawa mereka bakal menubuhkan pasukan Dota 2 dengan menandatangani Forev, T1 (sebelum ini SK Telecom T1) berdiam diri dan malah tidak menyertai pusingan kelayakan bagi kejohanan minor dan major pertama DPC 2019/2020.

Namun begitu, maklumat lanjut mengenai pasukan tersebut telah hadir. Pada pusingan kelayakan minor dan major pertama tempoh hari, walaupun telah menyertai T1, Forev bermain dibawah nama pasukannya sebelum ini iaitu Jinesbrus bersama-sama dengan beberapa pemain baharu.

Pasukan itu kini didedahkan merupakan pasukan percubaan bagi T1 walaupun tidak menggunakan nama organisasi tersebut. Namun begitu, hasil persembahan mereka di pusingan kelayakan tersebut kurang memuaskan dan kini, T1 telah hadir dengan pemain baharu untuk diuji.

Pasukan baharu ini diketuai oleh Forev dan telah menyertai kejohanan VKGAME BATTLE OF DAWN. Selain daripada Forev, keempat-empat pemain ini masih lagi berada di dalam tempoh pengujian namun mereka akan bermain di bawah nama T1.

Berikut adalah senarai pemain bagi pasukan Dota 2 T1 di kejohanan tersebut:

  1. Pyo “MP” No-a (Gantian/Percubaan)
  2. James “XemistrY” Lee (Percubaan)
  3. Lee “Forev” Sang-don (Tetap)
  4. snOw (Percubaan)
  5. Grace (Percubaan)

T1 juga dilaporkan mahu membawakan beberapa nama baharu daripada permainan lain seperti League of Legends dan melatih mereka ke dalam permainan Dota 2. Dengan popularnya pasukan T1 di dalam permainan League of Legends tersebut, ramai mengharapkan mereka mampu menarik lebih ramai lagi pemain di Korea untuk bermainan permainan Dota 2.

Walaupun esukan amat popular di Korea, jumlah pemain yang bermain permainan Dota 2 amatlah sedikit dan kebanyakan mereka lebih meminati permainan League of Legends. Hadirnya organisasi esukan ternama seperti T1 ke dalam arena kompetitif Dota 2 ini dilihat mampu menarik lebih ramai lagi pemain di Korea untuk mencuba bermain Dota 2.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments