League of Legends

Riot Games Larang Pemain Dan Personaliti di Kejohanan Worlds 2019 Untuk Suarakan Isu Sensitif

1 tahun lalu

Riot Games Larang Pemain Dan Personaliti di Kejohanan Worlds 2019 Untuk Suarakan Isu Sensitif

Selepas Blizzard Entertainment dikritik teruk berkaitan dengan isu pemain menyokong protes di Hong Kong, pelbagai syarikat lain turut menerima tempias dan tekanan dari pada peminat termasuklah Riot Games, pembangun di sebalik permainan popular League of Legends.

Walaupun tidak terlibat secara langsung dengan kontroversi tersebut, Riot Games pada awal pagi ini telah hadir dengan pendirian mereka berkaitan dengan isu tersebut terutamanya dengan kejohanan LoL Worlds 2019 yang sedang berlangsung pada ketika ini. Menurut John Needham, Ketua Esukan Global bagi League of Legends, Riot Games mahu para peminat dan semua pihak yang terlibat untuk memfokuskan kepada permainan dan pemain sahaja di kejohanan mereka.

Oleh yang demikian, Riot Games memperingatkan para pemain dan personaliti yang terlibat di kejohanan Worlds 2019 untuk tidak mensuarakan perkara dan isu sensitif yang tidak melibatkan permainan League of Legends.

Menurut John Needham, perkara ini diputuskan kerana Riot Games mempunyai tanggungjawab dalam memastikan bahawa siaran rasmi mereka tidak dijadikan platform yang boleh meningkatkan ketegangan isu-isu sensitif.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments