League of Legends

Pembangun Mahu Persekitaran Peta Summoner’s Rift Lebih Terpelbagai Bermula Musim Hadapan

12 bulan lalu

Pembangun Mahu Persekitaran Peta Summoner’s Rift Lebih Terpelbagai Bermula Musim Hadapan

Kejohanan Worlds 2019 sedang meriah berlangsung pada ketika ini membawa peringatan bahawa musim permainan semasa League of Legends bakal tamat tidak lama lagi.

Musim baharu akan bermula pada bulan November kelak dan Riot Games kini telah hadir dengan sedikit maklumat mengenai sasaran mereka bagi musim hadapan. Bagi musim 2019/2020 kelak, mereka berhasrat untuk menambah baik peta utama permainan League of Legends iaitu Summoner’s Rift.

Perubahan yang mahu dilakukan adalah dengan menambah baik persekitaran dan elemen peta, menambah kepelbagaian yang lebih rawak namun masih adil kepada kedua-dua pasukan. Menurut mereka, ia adalah bagi memberikan pengalaman yang lebih unik bagi setiap perlawanan yang dimainkan para pemain permainan tersebut.

Riot Games juga mahu mencabar para pemain untuk lebih memahami peta yang dimainkan mereka ini dan mensesuaikan diri menghadapi perubahan yang hadir di setiap perlawanan baharu. Pra musim bagi musim hadapan akan bermula pada bulan November ini dengan kemaskini 9.23. Perincian lanjut mengenai perubahan-perubahan yang mahu dilakukan pad amusim hadapan akan dibicarakan dengan lebih mendalam lagi pada siaran Riot Pls di sambutan ulang tahun ke-10 League of Legends pada 16 Oktober ini.

Sumber : Riot Games

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments