Hearthstone

Blizzard Keluar Kenyataan Rasmi – Kekal Pendirian Namun Kurangkan Hukuman Blitzchung Dan Pengulas Terlibat

12 bulan lalu

Blizzard Keluar Kenyataan Rasmi – Kekal Pendirian Namun Kurangkan Hukuman Blitzchung Dan Pengulas Terlibat

Lanjutan daripada isu pengantungan pemain Hearthstone yang mensuarakan sokongan terhadap protes di Hong Kong tempoh hari, Blizzard hari ini hadir dengan kenyataan rasmi berkaitan dengan perkara tersebut.

Presiden syarikat Blizzard Entertainment, J. Allen Brack menerangkan bahawa Blizzard masih berdiri dengan teras syarikat mereka iaitu ‘setiap suara itu penting’. Beliau kemudiannya mengulas mengenai sebab disebalik setiap hukuman yang telah dijatuhkan kepada Blitzchung.

Menurut J. Allen Brack, oleh kerana Blitzchung menggunakan segmen temuramah yang disediakan mereka untuk mengutarakan sokongan beliau terhadap isu protes di Hong Kong, Blitzchung telah melanggar peraturan kejohanan yang telah beliau sendiri akui dan fahami. J. Allen Brack sekali lagi menegaskan bahawa setiap pendapat dan pegangan itu penting namun siaran rasmi kejohanan mereka bukanlah tempat yang sesuai dan hanya patut memfokuskan kepada permainan yang dipertandingkan.

Tambah beliau lagi, pandangan yang diutarakan oleh Blitzchung bukanlah sebab spesifik hukman tersebut diberikan kepadanya dan hbungan diantara Blizzard dan China tidak sama sekali mempengaruhi hukuman tersebut.

J. Allen Brack turut mengakui bahawa mereka terlalu gopoh menghukum Blitzchung dan dua pengulas permainan pada ketika itu namun tegas bahawa mereka masih bersalah melanggar peraturan dan gagal melaksanakan tugasan mereka. Oleh yang demikian, hukuman pengantungan Blitzhung dikurangkan kepada 6 bulan dan hadiah kemenangan dikembalikan semula kepada beliau.

Hukuman pengantungan 6 bulan ini turut dikenakan kepada dua pengulas di kejadian tersebut yang menurut Blizzard gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Akhir sekali, J. Allen Brack berkata bahawa peraturan yang sama masih akan diteruskan dan siaran kejohanan mereka bukanlah platform bagi isu politik.

Sumber : Blizzard

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments