CSGO Dota 2

ESL Perkenal Ranking Dunia Tersendiri Bagi Permainan Dota 2 Dan CSGO

9 bulan lalu

ESL Perkenal Ranking Dunia Tersendiri Bagi Permainan Dota 2 Dan CSGO

Selain daripada papan pendahulu Pro Circuit, permainan Dota 2 tidak mempunyai ranking khas bagi menentukan pasukan profesional manakah yang mempunyai prestasi terbaik pada waktu semasa. Nasib yang sama juga terjadi kepada permainan CS:GO.

Namun begitu ini bukanlah sesuatu yang asing di dunia kompetitif esukan malah hampir kesemua permainan esukan ternama tidak mempunyai ranking khas masing-masing dari pihak pembangun. Sebagai contoh, komuniti bagi permainan CS:GO menggunakan ranking yang dikendalikan oleh pihak ketiga, iaitu di laman web HLTV sebagai ranking ‘rasmi’ mereka.

Ranking merupakan kaedah termudah bagi mendapat tahu pasukan manakah yang sedang menguasai musim kompetitif semasa. Berbanding dengan sukan tradisional, meta dan corak permainan esukan mampu berubah dengan pantas setiap kali tibanya kemaskini terbaru sesuatu permainan itu.

Terkini, penganjur acara esukan ternama, ESL Gaming mengumumkan bahawa mereka telah hadir dengan papan pendahulu ranking serba baharu untuk permainan CS:GO dan Dota 2. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, ranking ini akan memfokuskan kepada prestasi pasukan di kejohanan-kejohanan utama dan bukanlah ranking yang berasaskan kepada ELO perlawanan.

Kejohanan-kejohanan diberikan gred bagi menentukan taraf mata ranking mereka berdasarkan kepada saiz kejohanan dan kualiti kejohanan. Pada ketika artikel ini ditulis, pasukan OG mendahului papan pendahulu bagi permainan Dota 2 manakala pasukan Liquid mendahulu papan pendahulu permainan CS:GO. Bagi anda yang berminat untuk melihat senarai penuh kedua-dua papan pendahulu, ia boleh diakses di pautan ini untuk Dota 2 dan pautan ini untuk permainan CS:GO.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments