CSGO

Peta de_cache Yang Dikemaskini Kini Boleh Diuji Umum

10/10/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Peta de_cache Yang Dikemaskini Kini Boleh Diuji Umum

Bacaan: < 1 minit

Selepas dipertontonkan kepada umum di kejohanan ESL One New York tempoh hari, peta Cache (de_cache) baharu kini boleh dimainkan umum untuk diuji.

Bagi anda yang berminat untuk memuat-turunnya, ia boleh dilanggan di laman Steam Workshop pembangunnya disini. Cache merupakan peta yang dibina bertemakan lokasi berdekatan dengan Chernobyl, pusat janakuasa nuklear yang terkenal kerana tragedi letupannya dahulu.

Peta ini dibina oleh Sal “Volcano” Garozzo untuk permainan Conter-Strike Source pada tahun 2011 dahulu sebelum ia turut diperkenalkan untuk permainan Counter-Strike: Global Offensive pada tahun 2012.

Semenjak daripada bulan Mac lalu, peta ini tidak lagi berada di senarai Active Duty permainan CS:GO kerana ia sedang dikemasini oleh FMPONE dan Volcano. Dipertontonkan pada umum di ESL One New York, versi baharu ini menerima pelbagai perubahan tekstur dan rekabentuk membawakan nafas baru kepada peta tersebut.