League of Legends

Phoenix – Lagu Tema Bagi Kejohanan LoL Worlds 2019 Dilancarkan

12 bulan lalu

Phoenix – Lagu Tema Bagi Kejohanan LoL Worlds 2019 Dilancarkan

Seperti mana edisi-edisi sebelum ini, kejohanan League of Legends Worlds 2019 turut mempunyai lagu tema khas tersendiri dan kini ia telah dilancarkan secara rasmi.

Diberi tajuk sebagai Phoenix, lagu tema ini dinyanyikan oleh Cailin Russo dan Chrissy Costanza dari kumpulan Against The Current yang sebelum ini menyanyikan lagu tema bagi Worlds 2017 ‘Legends Never Die’. Phoenix bertemakan kepada isu yang sering dihadapi para pemain iaitu pemikiran mereka yang sering tewas kepada perkara negatif dan suara-sara pengkritik.

Seperti seekor Pheonix, lagu ini meminta para pemain untuk menewaskan musuh di dalam kepala mereka ini, bangkit semula dan terbang mencapai impian masing-masing. Video muzik bagi lagu tema ini menyertakan tiga orang pemain profesional yang sudah tidak asing lagi di arena kompetitif League of Legends iaitu Rasmus ‘Caps’ Boregaard, Song ‘Rookie’ Eui-jin dan Lee ‘Faker’ Sang-hyeok.

Di dalamnya, ketiga-tiga pemain ini diperlihatkan sedang bertarung dengan musuh dalam diri masing-masing dan juga suara-suara pengkritik mereka terutamanya di laman media sosial.

Walaubagaimanapun, reaksi para peminat pada ketika ini adalah agak kurang baik dan ramai membandingkannya dengan lagu tema bagi tahun lalu iaitu Rise. Berbanding dengan Rise dan Pop/Star, Phoenix mempunyai tempo yang lebih rendah menyebabkan ramai peminat kecewa kerana ia tidak membawakan semangat yang sama yang dibawakan oleh Rise.

Kejohanan Worlds 2019 baru sahaja mengakhiri pusingan play-in mereka memperlihatkan empat pasukan melayakkan diri ke acara utama iaitu DAMWON Gaming, Clutch Gaming, Hong Kong Attitude dan Splyce. Empat pasukan ini akan menyertai 12 pasukan lainnya di peringkat kumpulan yang akan diadakan di kota Berlin di Jerman bermula pada 12 Oktober ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments