Mobile Legends Tempatan

Darkhorse (Cove Esports) Mengambilalih Pasukan Mobile Legends, 5 Red Army

2 tahun lalu

Darkhorse (Cove Esports) Mengambilalih Pasukan Mobile Legends, 5 Red Army

Darkhorse, organisasi esukan dinaungi oleh Cove Esports hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani pasukan Mobile Legends 5 Red Army di dalam usaha organisasi tersebut memasuki arena esukan tempatan.

Mensasarkan penyertaan bagi liga MPL MY/SG musim hadapan, pasukan ini bukanlah calang-calangnya bahkan pernah menundukkan pasukan Mobile Legends ternama tempatan seperti GeekFam dan Axis Bosskur.

Dari kiri: Wan “4Meyz” Usman, Muhammad “Inferni” Saiful, Muhammad “CooL” Aizat, Muhammad “Anip” Haniff

Berikut adalah senarai pemain bagi pasukan ini:

  • Muhammad “Sepat” Irfan
  • Wan “4Meyz” Usman
  • Muhammad “Inferni” Saiful
  • Muhammad “CooL” Aizat
  • Muhammad “Anip” Haniff

Selain daripada pengambilalihan pasukan Mobile Legends ini, Darkhorse juga baru-baru ini telah menandatangi pasukan CSGO tersendiri mereka. Pasukan ini pada ketika ini menduduki ranking pertama bagi negara Malaysia di papan pendahulu HLTV. Mereka juga akan mewakili Malaysia di kejohanan WESG SEA pada 31 Oktober sehingga 3 November depan.

Dari kiri : Chun “Divine” Ting, Ryan “dReamy” Tan, Hoc “Fayde” Wah, Kai “Fish” Fong,
Aiman “r3flex” Hakim

Selain daripada penubuhan organisasi Darkhorse ini, Cove Esports juga telah memulakan beberapa inisiatif lainnya bagi membantu pembangunan arena esukan tempatan. Cove Esports telah berkerjasama dengan Fitlion dan HEAL Studio bagi mempromosikan permainan sihat.

Hasil kerjasama ini, Cove Esports akan memastikan bahawa para pemain mereka bukan sahaja cemerlang bermain di hadapan skrin, malah kekal sihat secara fizikal. Bagi anda yang mahu mengikuti perkembangan semasa organisasi Darkhorse ini, segala kemaskini terkini boleh dicapai di laman Facebook rasmi mereka.